KOTA TINGGI 16 Mei – Polis Kota Tinggi percaya berjaya menyelesaikan 20 kes kecurian motosikal di daerah ini selepas menahan tiga lelaki tempatan berusia 17 dan 18 tahun dalam satu Ops Lejang baru-baru ini. (awal Mei)

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, kesemua mereka ditahan menerusi operasi yang dilakukan pada pukul 4.00 petang, 4 Mei lalu, oleh pasukan khas Lejang di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Makam dekat sini.

“Bertindak atas maklumat sumber, polis terdahulu berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini.

“Turut dirampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

DSC_8100Ahsmon berkata, susulan penahanan suspek, polis kemudian berjaya menahan dua lagi rakan suspek serta merampas tiga buah motosikal yang dilaporkan hilang di kawasan Kota Tinggi.

Menurutnya, siasatan berterusan terhadap ketiga-tiga suspek telah menghasilkan penemuan lapan lagi rangka motosikal yang teah dibuang di dalam sungai di kawasan ‘by pass’, Jalan Kota Tinggi – Johor Bahru.

Katanya, kesemua rangka motosikal dibuang setelah koponen motosikal dileraikan untuk digunakan sebagai alatganti atau dijual kepada pihak yang memerlukan.

“Kesemua motosikal tersebut telah dikeluarkan dari sungai dengan bantuan pasukan penyelam dari Pasukan Polis Marin, Johor Bahru. Anggaran nilai rampasan motosikal yang dibuat adalah lebih kurang RM48,000.00.

“Kumpulan terbabit dipercayai aktif terhadap jenayah berkenaan sejak awal tahun ini. Hasil siasatan terhadap ketiga-tiga suspek mempunyai rekod kesalahan lampau dan pernah didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak atas kesalahan jenayah dan narkotik,” katanya.

Menurut Ahsmon, seorang daripada suspek pernah menjalani hukuman di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi selama tiga tahun atas kesalahan pecah rumah dan pemerasan.

“Kesemua suspek telah ditahan reman sehingga 17 Mei mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri kenderaan,” jelasnya.DSC_8099DSC_8074CURI 2

Advertisements