AFIQ 1Oleh Namawa Farik Salleh …

KOTA TINGGI 25 Apr.-              Pelari pecut para negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, yang berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara final 100m TT12 pada Sukan Komanwel 2018 di Stadium Carrara, baru-baru ini dirai pada satu majlis yang diadakan sempena majlis mesyuarat tindakan daerah di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Tinggi di sini, semalam.

Anak bongsu kepada empat beradik dari Taman Kota Jaya di sini, turut menerima insentif berjumlah RM3,000 yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohamad Ridha Datuk Abd Kadir.

Yang turut hadir Pegawai Belia Daerah, Normala Daman serta kedua ibu bapa Muhamad Afiq, Mohamad Ali Hanafiah Mohamad Idrus dan Zianap Hasrani.

Pada penampilan sulung pada temasya itu, atlet berusia 23 tahun itu mencatatkan masa 11.28 saat, hanya 0.01 saat di belakang pemenang pingat perak, Hilton Lanegnhoven dari Afrika Selatan.

Acara TT12 tersebut (masalah penglihatan) dimenangi oleh seorang lagi pelari Afrika Selatan, Ndodomzi Ntutu, dengan catatan 11.02s.

Muhamad Afiq yang ditemui melahirkan penghargaan terhadap semua pihak khususnya Pejabat Belia Daerah atas pemberian insentif tersebut.

“Alhamdulillah, sudah semestinya gembira dengan pencapaian ini, saya bertekad akan terus memperbaiki rekod pencapaian lebih baik pada masa akan datang.

“Sasaran seterusnya untuk membawa pulang pingat emas pada sukan Asia di Jakarta pada bulan Oktober nanti,” Katanya.

Selain memenangi pingat gangsa, Muhamad Affiq turut berjaya memadamkan rekod kebangsaan milik Faizal Aidil Suhaimi iaitu 11.27s dengan catatan masa 11.20s.

DSC_2803AFIQ 2a

Advertisements