image_9KOTA TINGGI 14 Apr.- Mesej palsu mendakwa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan memberi bantuan di beberapa pasar raya merupakan kes pertama disiasat mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini membuktikan akta itu yang diwartakan pada Rabu lepas digubal untuk melindungi semua pihak yang menjadi mangsa berita palsu dan bukannya untuk melindungi kerajaan seperti didakwa pihak tertentu.

“Saya yakin dalam pilihan raya umum ke-14, (akan) banyak berlaku (berita palsu). Penggubalan akta ini mengambil kira situasi media sosial di negara kita yang digunakan sebagai platform untuk bersuara.

“Sama ada suara itu sumbang atau tidak, semua pihak perlu gunakan platform itu mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kes pertama yang disiasat di bawah akta itu selepas merasmikan majlis penyerahan Cek Peneroka Felda Sifar Hutang Peringkat Parlimen Pengerang, di Dewan Serbaguna Felda Air Tawar 5 dekat sini, hari ini.

Terdahulu pada majlis itu seramai 361 peneroka menerima cek yang keseluruhannya bernilai RM1.8 juta.

Yang turut hadir Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Abdul Rahman Ahmad.

DSC_2886DSC_2885DSC_2855

Advertisements