Oleh namawaFarikSalleh | Foto namawaFarikSalleh…

PENGERANG 12 Apr.-                    Pengerang bakal mendapat dua mahkamah baharu iaitu Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret bernilai RM25 juta, yang dijangka siap dibina menjelang tahun 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, banyak elemen pembangunan peringkat antarabangsa akan berlaku. Jadi persediaan dari segi mahkamah dan hakim perlu dan wajar diadakan.

DSC_2822Menurutnya, kedua-dua mahkamah berkenaan akan dibina di atas tapak seluas 0.809 hektar di Bandar Penawar, dekat sini dengan pembinaan dijangka bermula September ini.

“Pembinaan kompleks mahkamah itu menunjukkan komitmen tinggi kerajaan yang sentiasa berpandangan jauh dalam merancang keperluan pembangunan infrastruktur fizikal mahkamah.

“Bangunan setinggi dua tingkat berciri moden itu akan dilengkapi satu bilik bicara Mahkamah Sesyen dan satu bilik bicara Mahkamah Majistret selain dilengkapi kamar hakim, pejabat pendaftaran dan pentadbiran, ruang awam dan komersial serta ruang bagi pengurusan polis serta orang kena tahan,” katanya.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jalil Marzuki; Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Hasbi Hassan dan Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Jabatan Kerja Raya, Ir  Muhammad Azman Jamrus.DSC_2839

DSC_2849

 

Advertisements