DSC_2130Oleh Namawa FarikSalleh …

KOTA TINGGI 12 Apr.- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) meluluskan 3,484 permohonan Skim Pinjaman Perumahan Golongan Berpendapatan Rendah (SPP), bagi tempoh 2008 hingga tiga bulan pertama 2018.

Jumlah itu, adalah hampir separuh daripada sejumlah 6,550 permohonan diterima sepanjang tempoh berkenaan, membabitkan peruntukan sebanyak RM149 juta.

Timbalan Menterinya, Datuk Wira Halimah Mohamed Sadique berkata, sebahagian besar permohonan diterima untuk menyertai skim itu adalah dari Kedah, Kelantan dan Johor.

Menurutnya, Kedah dengan sejumlah 1,282 pemohon, muncul negeri paling ramai peserta skim ini, dengan jumlah pinjaman hampir mencecah RM56.073 juta.

“Ia diikuti Kelantan (931), Johor (533), Pahang (192) Negeri Sembilan (172) serta Terengganu dengan sejumlah 138 pemohon, membabitkan pinjaman lebih RM83 juta.

“Skim bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri itu, bertumpu di kawasan luar bandar,” katanya.

DSC_2102Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan bersama pemohon SPP di Balai Raya Kampung Sri Aman, dekat sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah JPN, Yahya Abdul Ghani; wakil rasmi Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Kisban Abu Yamin, serta Ketua UMNO Cawangan Kampung Sri Aman, Mohammed Bakari.

Halimah berkata, Skim SPP itu dibuka kepada pemohon berusia antara 21 tahun hingga 70 tahun, dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Katanya, mereka yang layak memohon serta mendapatkan pinjaman disediakan skim berkenaan, perlu memiliki tanah sendiri.

“Bagaimanapun bagi mereka yang tidak memiliki tanah masih berpeluang menyertai skim itu, dengan membinanya diatas tanah milik ahli
keluarga.

“Pemohon seperti itu perlu terlebih dulu memperolehi kebenaran daripada ahli keluarga, untuk membina rumah berkenaan di atas tanah milik mereka,” katanya.

Pada masa sama beliau menasihatkan pemohon SPP yang berjaya supaya memilih dan melantik kontraktor berwibawa atau boleh dipercayai.

“Langkah itu katanya, perlu bagi memastikan projek pembinaan rumah masing-masing melalui skim SPP itu, berjalan lancar serta mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Sebarang kesilapan memilih kontraktor, boleh menyebabkan niat mereka memiliki kediaman sendiri, tidak akan jadi kenyataan atau terpaksa tunggu lama.

“Rumah bernilai RM60,000 dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air itu, berkeluasan keseluruhan antara 64.2 meter persegi hingga 91.8 meter persegi,” katanya.DSC_2122

Advertisements