Oleh namawaFarikSalleh

KOTA TINGGI 10 Apr.- Seramai 360 generasi kedua Felda Sungai Sibol dan Felda Penggeli Timur di sini menerima kunci rumah dalam satu majlis penyerahan diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Sibol di sini, baru-baru ini.

Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Abdul Rahman Ahmad berkata, kesemua penerima terdiri daripada 180 dari Felda Penggeli Timur dan 180 Felda Sungai Sibol.

“Mereka dijangka boleh berpindah dalam tempoh tiga minggu selepas selesai urusan pemasangan bekalan letrik dan air,” katanya.

DSC_2503

ABDUL RAHMAN AHMAD

Beliau ditemui berkata demikian selepas hadir Majlis Penyerahan Kunci Rumah Generasi Kedua yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohammed Ridha Datuk Abd Kadir.

 

Yang turut hadir Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merangkap penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Fizwan Rashidi.

Menurut Abdul Rahman, terdapat lima projek perumahan generasi ke dua sedang dibangunkan dalam Felda Wilayah Johor Bahru ini .

“Pada tahun ini dua daripadanya selesai termasuk di Felda Sungai Sibol dan Felda Penggeli Timur ini.

“Selepas ini 200 penerima di Felda Inas bakal menerima kunci rumah yang dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun dimana sekarang kita dalam proses memilih peserta yang layak untuk diami rumah tersebut,” katanya.

“Kita memang tidak dapat sediakan rumah mampu milik dalam rancangan untuk semua berdasarkan kemampuan dan keupayaan keluasan tanah diperingkat rancangan.

“Jadi kita harapkan generasi ke dua yang tinggal di tanah Felda ini dapat berbakti kepada Felda lebih-lebih lagi rata-rata yang berada di Felda adalah peneroka berusia 60 tahun ke atas.

“Tambahan pula jika kita hendak membangunkan gerakan ekonomi rancangan, golongan muda ini sememangnya amat diperlukan,” katanya lagi.

DSC_2443

Advertisements