INSENTIF

Adham Baba (kanan) ketika menyampaikan cek kepada salah seorang peneroka pada Majlis Penyampaian Cek Peneroka Felda Sifar Hutang DUN Pasir Raja di Dewan Raya Felda Bukit Besar, Kulai di sini, semalam.

Oleh Leen Tahir | Foto Leen Tahir…

KULAI 11 Apr.-        Seramai 1,097 peneroka Gugusan Felda Bukit Besar di sini, menerima insentif peneroka sifar hutang sebanyak RM5.4 juta sekali gus membuktikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji membantu golongan itu seperti mana yang dinyatakan sebelum ini.

Mereka adalah terdiri daripada peneroka rancangan Felda Sungai Sayong, Felda Bukit Besar, Felda Bukit Ramun dan Felda Pasir Raja.

Insentif sebanyak RM5,000 seorang itu disampaikan Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Raya Felda Bukit Besar di sini, semalam.

Adham berkata, insentif tersebut adalah sebahagian daripada penghargaan Felda kepada peneroka yang sudah bebas daripada hutang bersama agensi berkenaan.

“Inilah bukti janji Perdana Menteri sebagai penghargaan Felda kepada peneroka yang sudah bebas daripada hutang sepertimana yang telah nyatakan beliau pada perhimpunan Felda yang diadakan tahun lalu.

“Jasa dan sumbangan warga Felda memang tidak pernah dilupakan dan kami bersyukur rintihan mereka sentiasa didengar,” katanya demikian pada Majlis Penyampaian Cek Peneroka Felda Sifar Hutang DUN Pasir Raja di sini, semalam.

INSENTIF 1Yang turut hadir, Penolong Pengurus Besar Wilayah Johor Bahru, Nizam Abdul Ghani; Ketua Kampung Felda Bukit Besar, Raya Rabu dan Wakil Pengurus Felda Bukit Besar, Shahizan Ibrahim.

Adham berkata, warga Felda yang masih mempunyai hutang turut menerima sumbangan berkenaan setelah baki hutang mereka dilunaskan.

“Sumbangan ini tidak terkecuali kepada semua peneroka, sekiranya mereka mempunyai hutang sebanyak RM3,000, mereka masih memperoleh sumbangan RM2,000 lagi,” katanya.

 

insentif (2)

Advertisements