IMG-20180405-WA0014

Oleh Deq Non | Foto JBPM |

KOTA TINGGI 5 Apr.-             Seorang lelaki maut selepas Perodua Bezza dipandu merempuh batu penghadang rumah tol di Plaza Tol Penawar Lebuhraya Senai-Desaru, pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi itu menyebabkan mangsa Kan Yew Chun, 26, beralamat di Taman Daya maut di lokasi kejadian.

IMG-20180405-WA0011Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Bezza yang dipandu mangsa dari arah Bandar Penawar menghala ke Senai telah hilang kawalan.

“Ekoran itu menyebabkan kenderaan terbabit merempuh batu penghadang rumah tol tersebut menyebabkan mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, seramai lapan anggota Balai Bomba Penyelamat Bandar Penawar bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja menyelamat.

Difahamkan mangsa telah dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.

Advertisements