Oleh namawaFarikSalleh |

KOTA TINGGI 5 Apr.-                Penantian 888 penduduk generasi kedua dari Felda Penggeli Timur (485 orang) dan Felda Sungai Sibol (403) sejak tujuh tahun lalu untuk mendapatkan hak milik tanah berakhir apabila kerajaan negeri meluluskan permohonan mereka baru-baru ini.

Rata-rata mereka terharu dan berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan melalui pemberian tanah dan menyifatkan penantian mereka selama ini berbaloi.

ABD HALIM ABD JALIL

ABD HALIM ABD JALIL

Pengerusi Badan Bertindak Generasi Baru (BBGB) Felda Penggeli Timur, Abd Halim Abd Jalil gembira apabila kerajaan negeri meluluskan permohonan mereka dan menyifatkan pengurniaan itu adalah sangat bererti buat kami generasi kedua Felda.

“Syukur Alhamdulillah ternyata penantian dan usaha kami selama ini membuahkan hasil,” katanya yang ditemui selepas Majlis Penyampaian Notis 5A Tapak Rumah Generasi Kedua Felda Penggeli Timur dan Felda Sungai Sibol di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohammed Ridha Datuk Abd Kadir.

Yang turut hadir Timbalan Speaker Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki dan Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi, Zainal Eran.

MOHD AZRAIE ZAINEE (2)

MOHD AZRAIE ZAINEE

Seorang bapa kepada tiga cahaya mata Mohd Azraie Zainee, 34, bersyukur dengan pemberian tanah tersebut dan berterima kasih atas segala usaha yang diperjuangkan BBGB.

“Alhamdulillah syukur kerana usaha BBGB selama ini ternyata membuahkan hasil meskipun terpaksa menanti selama tujuh tahun,” katanya.

ABD RAHIM SULIMAN (1)

ABD RAHIM SULIMAN

Rakannya, Abd Rahim Suliman, 28, berkata, sebagai anak kepada generasi kedua saya amat bersyukur dengan kelulusan pemberian tanah ini.

“Ini merupakan detik yang amat dinanti oleh semua kerana akhirnya permohonan untuk memiliki tanah untuk membina rumah diluluskan kerajaan,” kata anak kelima darpada enam beradik yang bekerja disebuah kilang di Senai.

Buat suri rumah Masroha Ahmad, 46, kini dia mampu menarik nafas lega kerana peluang memiliki tanah untuk membina sebuah rumah kediaman bukan satu perkara yang mudah dan tidak datang berkali-kali.

MASROHA AHMAD (1)

MASROHA AHMAD

“Apa yang mampu diucapkan ialah terima kasih kepada kerajaan dan syukur kepada Allah atas kuriannnya,” kata ibu kepada lima orang anak.

Terdahulu, Mohammed Ridha dalam ucapannya turut melahirkan kegembiraan dan berterima kasih kepada kerajaan apabila isu pengurniaan tanah untuk generasi kedua Felda itu dapat diselesaikan.

MOHAMMED RIDHA DATUK ABD KADIR (4)

MOHAMMED RIDHA

“Generasi kedua yang menerima Notis 5A hari ini bagaimanapun perlu melunaskan bayaran premium yang ditetapkan mengikut keluasan tanah dalam masa tiga bulan.

“Hargailah pemberian yang dikurniakan kerajaan ini dengan tidak menjualkannya kepada pihak yang lain,” katanya.

 

DSC_2330DSC_2326DSC_2357NOTIS 1a

 

Advertisements