WhatsApp Image 2018-04-04 at 18.24.53

Hasan (kiri) dan isterinya, Rohani Mansor bergambar bersama Muhammad Darwish.

Oleh NamawaFarikSalleh | Foto Rai |

KOTA TINGGI 4 Apr.-         Sepasang suami isteri merayu bantuan orang ramai bagi mencari waris anak angkat lelaki mereka, Muhammad Darwish Abdullah, 3, yang dipelihara sejak tahun 2015.

Bapa angkatnya, Hasan Saadon, 71, berkata, Muhammad Darwish diserahkan kepadanya selepas dua hari dia dilahirkan di Hospital Daerah Kota Tinggi.

JKM

AYU ANDIRA

“Ibunya, Ayu Andira yang merupaka warga Indonesia telah menyerahkan Muhammad Darwish kepada saya sebelum pulang ke negara asalnya.

“Saya dan isteri setuju ambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat dan bertanggungawab menjaga dan membesarkannya sejak dia diserakan kepada saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, dia mencari waris kanak-kanak itu bagi tujuan mendapatkan dokumentasi supaya dapat menjadi penjaga yang sah di sisi undang-undang.

“Disamping itu saya juga dalam dalam proses permohonan untuk mendaftar dan mendapatkan sijil kelahiran kanak-kanak ini seterusnya bertanggungjawab sekiranya timbul apa-apa masalah akibat daripadanya.

“Kami merujuk perkara ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mereka nasihatkan buat hebahan di akhbar untuk kesan waris,” katanya.

Menurutnya, walaupun ibu Muhammad Darwish ada meninggalkan salinan pasport antarabangsanya namun saya tidak mengenali ibu kandung anak angkatnya itu.

“Saya cuma tahu ibu anak angkat saya ini warga Indonesia, tapi kami tak tahu dimana dia tinggal dan tak pernah berjumpa selepas menyerahkan anaknya kepada saya.

“Apa yang pasti, ibunya masih muda dan berusia dalam lingkungan 20-an,” katanya yang berniaga gerai makan di padang Kampung Tembioh dekat sini.

Katanya, dia mengharapkan jasa baik orang ramai yang mengenali atau menemui waris dapat menghubunginya di talian 011-33540717 (Hasan).ANAK ANGKAT

 

Advertisements