HALIMAH 3Oleh Pak Mus | Foto FB Tenggara Halimah Saddique

KOTA TINGGI 3 Apr.-    Sejumlah RM18.5 juta telah disalurkan kerajaan pusat bagi membina beberapa kemudahan awam dalam kawasan parlimen Tenggara, sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, peruntukan diterima itu kita gunakan bagi membina beberapa buah masjid dan surau baru, naik taraf masjid sedia ada serta 23 buah dewan terbuka.

“Bagi tahun ini, setakat ini kita sudah membelanjakan RM8.26 juta bagi membina beberapa kemudahan asas, untuk kesejahteraan penduduk, di dalam atau luar bandar,” katanya

Beliau ditemui berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja, bagi meninjau kemajuan pembinaan beberapa projek kemudahan awam di Kampung Rantau Panjang dan Ladang R.E.M, di sini, semalam.

Yang turut hadir Ketua Kampung Rantau Panjang, Mohd Lazim Mohd Rusid, Pengerusi Masjid Darul Ulum Ladang R.E.M, Mohammad Sher Badar serta pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Johor.

Halimah yang juga Ahli Parlimen Tenggara berkata, peruntukan bagi melaksana pelbagai projek kemudahan awam dalam kawasan Parlimennya itu, diperolehi daripada kerajaan Pusat.

Antara kemudahan awam yang sudah dan sedang dibina dalam Parlimen Tenggara itu adalah masjid, surau, sekolah agama, dewan terbuka, balai komuniti serta beberapa projek kecil lain.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan bahawa kegagalan menyelesaikan beberapa isu penting, terutama berkaitan status tanah dikesan menjadi punca utama banyak projek kemudahan awam, tergendala atau tidak dapat dilaksana.

Untuk itu, isu berkenaan perlu diperhati dan diselesaikan terlebih dulu, bagi membolehkan sesuatu projek berkaitan dapat dilaksana seperti diharapkan.

“Tiga langkah pemantauan yang bermula daripada sebelum, ketika serta hingga siap sesuatu projek itu dibina, perlu dilakukan pegawai berkaitan bagi memastikan pelaksanaan projek dirancang, berjalan lancar.

“Tindakan turun padang ini adalah perlu dan sewajarnya dijadikan amalan, terutama pada peringkat awal pelaksanaan sesuatu projek kemudahan awam,” katanya lagi.HALIMAH 4

HALIMAH 5

Halimah Mohamed Sadique (bertopi) merakamkan gambar kenangan selepas memuat lawatan meninjau projek pembinaan surau di Ladang R.E.M Kota Tinggi di sini, kelmarin

Advertisements