PDRM 4Oleh Namawa Farik Salleh | Foto IPD Kota Tinggi

KOTA TINGGI 3 Apr.-           Polis Daerah Kota Tinggi berjaya mencatatkan penurunan kadar jenayah sebanyak 16.79 peratus atau 22 kes bagi tempoh suku tahun pertama pada tahun ini hasil pelaksanaan pelbagai usaha pencegahan secara berterusan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, berdasarkan statistik indeks jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, sebanyak 100 kes dilaporkan dari Januari hingga Mac tahun ini berbanding 131 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Sementara itu dalam tempoh sama, bagi jenayah kecurian kenderaan pula turut mencatatkan penurunan kadar penyelesaian kes sebanyak 8.96 peratus dari 67 kes pada tahun lalu kepada 61 kes tahun ini.

“Sepanjang tempoh kajian, sebanyak 51.38 peratus kes telah diselesaikan daripada jumlah jenayah indeks yang berlaku di daerah ini,” katanya.

PDRM 3Beliau berkata demikian sempena majlis Lawatan Kunjungan Hormat Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohammed Ridha Datuk Abd Kadir ke IPD Kota Tinggi di sini, hari ini.

Jelas Ahsmon, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) daerah turut menyumbang dalam usaha membendung jenayah terutamanya berkaitan penyalahgunaan dadah di daerah ini melalui penguatkuasaan.

Bagi tempoh suku tahun ini katanya, JSJN daerah berjaya menangkap sebanyak 190 individu melibatkan 127 kes berbanding 222 individu melibatkan 181 kes pada tahun lalu.

“Ini menunjukkan penurunan sebanyak 54 kes atau 29.83 peratus. Manakala kadar pertuduhan bagi kesalahan mengedar dan memiliki dadah sebanyak 89.04 peratus manakala siasatan melibatkan ujian air kencing adalah sebanyak 75.76peratus,” ujarnya.

PDRM 2Bagi siasatan melibatkan jenayah komersial pula, Ahsmon berkata, dalam tempoh kajian bahagian siasatan jenayah komersil daerah telah menyasat sebanyak 31 kes.

Daripada jumlah tersebut 72 peratus adalah merupakan kes tipu, manakala selebihnya iaitu 28 peratus adalah kes pemalsuan dokumen, pecah amanah dan kesalahan menjual cakera padat (vcd/dvd) tanpa sijil ‘B’.

Seramai 10 suspek telah ditangkap serta 13 kes atau 44.83 peratus daripada kes yang disiasat telah berjaya dituduh dengan penyelesaian kes sebanyak 62.07 peratus sepanjang tempoh kajian.

Bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik pula telah mengeluarkan sebanyak 6,900 saman atas kesalahan terhadap pengguna jalanraya berbanding 5,872 bagi tahun 2017.

Jelas Ahsmon, pencapaian tersebut adalah hasil usaha gigih semua pihak selain kerjasama daripada masyarakat ke arah menjadikan Kota Tinggi sebuah daerah aman dan selamat.

“Kesimpulan pencapaian cemerlang ini adalah dipacu oleh strategik pembenterasan jenayah secara total berkonsepkan ‘1 Every Hour’ iaitu meletakkan KPI pemeriksaan penuh “seorang polis wajib memeriksa satu kenderaan dan satu individu dalam setiap satu jam penugasan”.

“Stategik kedua iaitu pengukuran impak penyampaian perkhidmatan kepolisian mesti dirasai hasilnya oleh masyarakat setempat melalui tagline IPD Kota Tinggi “Tell If You Not Feel Us” (Maklum jika anda tidak merasao kehadiran pihak polis),” katanya.PDRM 1

Advertisements