DSC_2000KOTA TINGGI 2 Apr.- Masyarakat hari ini khususnya umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya perbalahan, perpecahan dan persengketaan sesama sendiri.

Timbalan Speaker Negeri, Datuk Baderi Dasuki berkata, persengketaan ini akan menjadikan umat Islam lemah dan mudah dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu.

“Justeru, marilah kita memantapkan ukhuwah dan mengukuhkan silaturahim sesama umat Islam kerana hanya dengan kesatuan dan perpaduan, umat Islam akan menjadi umat yang cemerlang dan dihormati,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap di Malis Penyampaian Sumbangan Peruntukan Masjid dan Surau DUN Panti di Sekolah Agama Kampung Semanggar di sini, semalam.

Sebanyak 26 unit alat penghawa dingin diserahkan kepada pengerusi masjid dan surau dan 50 unit kerusi-dan meja kepada sekolah agama tersebut.

Turut diserahkan barangan keperluan makanan asas kepada 10 warga emas sumbangan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (Juita) yang disampaikan isterinya, Datin Zainon Amir.

Yang tutut hadir Pengerusi Masjid dan Surau DUN Panti, Musa Kassim dan Guru Besar SA Kampung Semanggar, Rohani Ali Akhbar.

Baderi yang juga selaku ADUN kawasan Panti menggesa masyarakat supaya terus dengan memberi soko­ngan kepada kerajaan sediada.

“Saya percaya dengan sokongan dan akrabnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama akan memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar dan program pembangunan untuk Islam dan rakyat pada keseluruhannya,” katanya.DSC_2010

 

Advertisements