WhatsApp Image 2018-04-01 at 09.35.43

Foto – IPD Kota Tinggi

KOTA TINGGI 1 Apr.- Sebanyak 24 saman dikeluarkan manakala enam motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan 2018 yang dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata operasi yang bermula dari pukul 10 malam hingga 12.30 tengah malam itu melibatkan kawasan Bandar Kota Tinggi.

Menurutnya, seramai 38 orang melibatkan 20 Melayu, lima Cina, lapan India dan selebihnya lain-lain bangsa diperiksa dalam ops tersebut.

“Sebanyak 35 buah motosikal telah diperiksa di mana 24 daripadanya dikenakan saman POL 257.

“Ia membabitkan enam kesalahan lesen memandu, 11 lesen kenderaan motor (LKM), satu cermin sisi, tiga nombor plat fancy, satu sticker L/P dan dua kenderaan tidak sempurna aksesori,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tiada tangkapan dilakukan dalam operasi itu namun sebanyak enam buah motosikal disita.

Seramai 12 anggota melibatkan pegawai dan anggota trafik serta anggota dari Balai Kota Tinggi menyertai ops berkenaan.

WhatsApp Image 2018-04-01 at 09.35.48

Advertisements