TOURISM 1KOTA TINGGI 1 Apr.-           Seorang warga emas, Shariff Wakijan, 57, dari Senggarang, Batu Pahat menjadi pemenang utama Siri Akhir Pertandingan Memancing Tourism Johor setelah mendapat ikan sembilang seberat 1.110 kilogram (kg) di Pantai Tanjung Sedili (Jason Bay) Kota Tinggi di sini, semalam.

Beliau yang mengalahkan lebih 1,300 peserta lain membawa pulang wang hadiah tunai sebanyak RM53,000, piala dan sijil setelah berjaya menaikkan ikan sembilang itu pada pukul 11.15 pagi.

Sementara ikan todak seberat 0.785 kg yang dipancing Azmi Ahmad, 48, dari Pekan Pahang mendapat RM10,000 manakala todak seberat 0.615 kg ditangga ketiga yang menawarkan hadiah RM4,000 dimenangi Mohd Hafiz Mohamad, 24, dari Kemaman, Trengganu.

DSC_1836Hadiah kemenangan pertandingan disampaikan oleh Penolong Pengarah Tourism Johor, Mohd Amirul Ardy A. Rahim dan Pengarah Urusan Joran Bagus, Azmi Nan.

Pertandingan empat jam itu bermula jam 8 pagi dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain.

Yang turut hadir Penghulu Mukim Sedili Besar, Aidil Masih, Pegawai Bahagian Pelancongan Malis Daerah Kota Tinggi, Mohd Fauzie Mohd Ali dan Timbalan Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Leftenan Komander Maritim Mohd Hafiz Fahmi Md Fadzah.

Peserta bukan sahaja dari sekitar Kota Tinggi dan daerah dalam negeri Johor malah ada yang datang dari Kelantan, Trengganu, Pahang, Melaka dan Pulau Pinang.

TOURISM 2bKetika ditemui, Shariff berkata, Alhamdulillah syukur kerana muncul sebagai juara pada siri akhir pertandingan memancing itu.

“Lebih manis lagi kemenangan ini adalah hadiah sempena hari pertunangan anak perempuan keempat saya, Siti Nabilah, 22, dengan pasangannya dari Simpang Renggam, Kluang yang bakal berlangsung esok (hari ini).,” kata bapa kepada lima orang anak dan bekerja di Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) daerah Batu Pahat.

Dalam pada itu bagi kategori khas ikan pari Riduan Saaban, 45, dari Kemaman, Trengganu beraya muncul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 (pari seberat 11.605 kg) diikuti tempat kedua pari seberat 7.3800 kg dimenangi Mohd Nordin Ibrahim, 48, dari Kuantan, Pahang (RM3,000) dan ketiga dimenangi Khairi Ahmad, 32, dari Kertih, Trengganu (RM1,000) dengan tangkapan pari seberat 6.100 kg.

TOURISM 3a

Pemenang kategori khas Pari

DSC_1887

Advertisements