DSC_1621KOTA TINGGI 30 Mac – Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Tenggara menyerahkan sumbangan sebuah van jenazah kepada Masjid Al-Muttaqiin, Taman Kota Jaya di sini, bagi memudahkan pengurusan jenazah penduduk di sekitar taman perumahan tersebut.

Van jenis Weststar Maxus bernilai kira-kira RM130,000 itu diserahkan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Wira Halimah Mohamed Sadique kepada Yang Dipertua Pertubuhan Khairat Kematian Taman Kota Jaya, Sukarti Kandari pada satu majlis yang diadakan di sini, baru-baru ini

DSC_1635Van tersebut juga telah diubah suai bagi memudahkan orang ramai menggunakannya dan turut dilengkapi dengan keranda.

Menurut Sukarti, dengan adanya van baharu itu dapat memberi banyak manfaat serta kemudahan kepada penduduk taman perumahan di sini serta komuniti sekitar dalam menguruskan jenazah.

“Pemberian van jenazah sumbangan Ahli Parlimen Tenggara ini sebagai satu usaha murni kerajaan kepada masjid-masjid yang memerlukan.

“Alhamdulillah, kita amat bersyukur dengan sumbangan van jenazah ini dan kami akan sentiasa pastikan van ini dalam keadaan baik agar dapat digunakan bagi jangka masa lama sekali gus terus dimanfaatkan lebih ramai penduduk,” katanya yang juga selaku pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Taman Kota Jaya merangkap Ketua Whip JPP Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Azmi Abdul Rahman.

DSC_1659DSC_1693

Advertisements