Setiap kali melalui jalan menuju ke Tanjung Sedili kita akan terlihat pondok bas di Kampung Sayang yang kelihatan usang dan seolah-olah terbiar tanpa perhatian pihak terbabit.
Pondok bas tersebut bagai tidak diurus dengan baik sejak sekian lama dan kelihatan sa­ngat menakutkan terutamanya pada waktu malam.
Melihat keadaan tersebut pasti menimbulkan tanda ta­nya kepada orang luar sama ada kemudahan itu masih digunakan ataupun sengaja dibiarkan begitu.
Berdasarkan saya yang kerap berulang-alik di jalan tersebut, keadaan bumbungnya remuk riuk selain tiada tempat duduknya yang rosak serta dipenuhi semak.
Justeru, diharap pihak yang berkenaan tidak ‘tidur’ dan mengambil tindakan sewajarnya demi ke­selesaan penduduk di kawa­san tersebut.
PSX_20180328_165724
Utusan Malaysia [Selasa] 27 Mac 2018
Advertisements