KONVOI 1a

foto kredit IPD Kota Tinggi | KOTA TINGGI 27 Mac Seramai lima orang pesara polis yang kurang bernasib baik dan mengalami masalah kesihatan mendapat perhatian apabila menerima ziarah dari warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di sini, baru-baru ini.

Ziarah Konvoi Kebajikan Kapcai Jalinan Kasih Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Tinggi sempena Sambutan Hari Peringatan Polis ke 211 Tahun itu diketuai sendiri Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah.

Turut menyertai konvou tersebut isterinya yang juga Pengerusi Perkep daerah, Emmy Suin serta ketua bahagian, ketua balai dan juga anggota.

Ahsmon berkata, dalam lawatan itu turut diadakan penyerahan sumbangan berbentuk keperluan asas dan sedikit wang tunai bagi meringankan beban pesara polis yang dikunjungi.

“Pemilihan nama pesara adalah berdasarkan khidmat dan tahap terjejas kesihatan dan musibah yang dialami.

“Program ini juga kita lihat dapat menjadi penyambung silaturahim dan mengekalkan hubungan yang sedia ada sebelum ini diantara pesara dengan pasukan PDRM,” katanya.

Konvoi berkenaan berakhir di Balai Teluk Sengat dengan diadakan majlis penyerahan sijil penyertaan dan penghargaan kepada para peserta serta pesara yang telah berkhidmat dalam pasukan.

Oleh – Deq Non

KONVOI 2cKONVOI 1

Advertisements