MAUT (2)Foto Kredit – FB Orang Kota Tinggi | KOTA TINGGI 28 Mac – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Saga FL di Felda Air Tawar 3 di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa Md Khairul Khalid, 37, dalam perjalanan mengambil anaknya di sekolah menunggang motosikal jenis Honda Wave dipercayai telah bertembung dengan kereta tersebut sebelum terjunam ke tebing jalan berdekatan perumahan generasi kedua di sini.

MD KHAIRUL KHALIDKetua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda Wave telah menghimpit ke kanan jalan sebelum dirempuh oleh Proton Saga FL yang pada masa itu sedang membelok.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua kenderaan telah jatuh ke dalam tebing jalan sebelah kiri setinggi kira-kira 11 meter dan terbalik.

“Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan.

“Pada pukul 3.30 petang pihak HKT telah mengesahkan penunggang motosikal meninggal dunia akibat kecederaan dalaman ketika mendapatkan rawatan lanjut di hospital,” katanya.

Kakak ipar manga, M Yuslina Mohd Basar, 42 berkata, memang menjadi rutin harian mangsa yang bekerja kampung mengambil dua anaknya yang bersekolah di tahun 5 dan 1.

Katanya, arwah yang memiliki empat orang anak termasuk seorang bayi berusia tiga bulan menetap di rumah ibu mertuanya di Felda tersebut.

Tambahnya, jenazah mangsa akan dibawa pulang ke Kulai untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 24.-

Oleh Deq Non [MediaKota]

MAUT (1)MAUT (3)

 

 

 

Advertisements