4DSC_1542KOTA TINGGI 26 Mac – Penduduk Taman Kemang di sini menerima kemudahan baru apabila dewan terbuka yang dibina dengan kos RM200,000 kini siap dibina dan boleh digunakan penduduk.

Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pembinaan dewan terbuka itu menjadikan ia sebahagian dari 23 buah dewan terbuka yang di bina dalam parlimen tersebut.

Menurutnya, jumlah tersebut menjadikan parlimen itu sebagai parlimen paling banyak membina dewan terbuka.

“Dulu kita ada balairaya sewa untuk mesyuarat. Bila ada dewan ini maka bertambah satu lagi kemudahan asas untuk masyarakat terutama untuk menganjurkan majlis keraian atau apa-apa majlis.

DEWAN TERBUKA (1)“Selain dewan terbuka turut dibina 17 unit balai komuniti dan 4 unit dewanraya di mana dewanraya terakhir kita bina di Kampung Lukut melibatkan kos RM1juta,” katanya ketika merasmikan Dewan Terbuka Zon 6 Taman Kemang di sini, semalam.

Halimah berkata, dewan terbuka itu akan menjadi tempat untuk masyarakat taman berkenaan berkumpul selain masjid dan surau.

Katanya, ia juga boleh mendatangkan pendapatan kepada Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di mana hasil sewaan, selain digunakan untuk membayar utiliti juga akan dimasukan ke dalam tabung.

“Saya harap, dengan adanya kemudahan ini akan tambahkan lagi aset harta yang bukan sahaja milik Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) tetapi ia juga merupakan aset penduduk dan harta rakyat,” katanya.

Advertisements