20180323_115703
foto kredit Deq Non

PENGERANG 24 Mac – Pakatan Harapan diketuai DAP tidak perlu takut apabila kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang RUU) Anti Berita Tidak Benar 2018 pada Isnin ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya kelam kabut sehingga mengeluarkan kenyataan tidak matang berhubung perkara tersebut sebaliknya wajar meneliti dan membenarkan terlebih dahulu pembentangannya dilakukan.

“Mereka belum baca lagi RUU ini tetapi mereka dan lompat. Mereka buat kenyataan seolah-olah kerajaan nak mengawal beberapa cerita dan sengaja wujud undang-undang ini kerana nak guna untuk pilihanraya.

“Bagi saya ini tindakan tidak matang. Kena tunggu dulu, ini belum apa-apa dah kelam kabut. Bagi saya kalau tak buat salah buat apa nak takut. Kalau kita tak terlibat melakukan sesuatu yang salah seperti buat berita palsu buat apa nak takut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berjumpa dan ramah mesra serta menyampaikan sumbangan bantuan jaring kepada nelayan di Jeti Nelayan Sungai Musuh di sini, semalam.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, selepas bacaan pertama pembentangan itu pada Isnin ini, pembangkang boleh mengemukakan sebarang pertanyaan pada sesi perbahasan RUU tersebut.

“Lepas bacaan pertama itu saya akan buat sesi dialog dengan BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional) dan pada Selasa atau Rabu saya akan jumpa semua ahli pembangkang pula.

“Berilah peluang kepada kerajaan untuk bentangkan bacaan pertama, baca RUU dan kemudian bagilah pendapat. Ini belum apa-apa dah kelam kabut,” katanya

Foto kredit DS Azalina Othman Said

Advertisements