GUNUNG TAHAH 1aLensa Fz 1

[UlangSiar] KOTA TINGGI 6 Mac.-  Gunung Tahah atau Gunung Muntahak menyimpan pelbagai khazanah alam semulajadi untuk tatapan generasi masakini khususnya para pengemar aktiviti lasak dan seni fotografi.

Terletak di Bandar Petri Jaya iaitu kira-kira 25 kilometer dari bandar Kota Tinggi Gunung Muntahak dengan ketinggian 634 meter (2,080 kaki) dari aras laut serta memiliki air terjun sembilan tingkat setiasa menerima pengunjung terutamanaya penggemar aktiviti lasak dan suasana hutan.

Dipelihara dan dijaga sebaik mungkin agar ianya kekal asli disamping keindahan dan keunikan air terjun sembilan tingkat yang menjadi destinasi pilihan golongan yang inginkan cabaran.

Baru-baru ini seramai 18 penggemar aktiviti lasak berusia 18 hingga 65 tahun terdiri dikalangan jurutera pembangunan dan landskap, pengemar seni fotografi, pelajar dan warga emas berkesempatan merasai pengalaman mendaki dan merakam foto di air terjun gunung tersebut.

MOHD FAKHRUR RAZZIY HAZRAN - Copy
MOHD FAKHRUR RAZZIY

Aktiviti yang diketuai Pengurus Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) Bandar Tenggara, Mohd Fakhrur Razziy Hazran dan ditemani enam jurupandu arah yang juga duta kecil Gunung Tahah mengunakan pintu masuk dari Bandar Petri Jaya di sini sebagai permulaan pendakian.

Menurut Mohd Fakhrur, Air Terjun Sembilan Tingkat Gunung Tahah dikawal selia oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dimana setiap aktiviti yang bakal dilakukan dalam kawasan berkenaan (melalui Bandar Petri Jaya) haruslah mendapat kebenaran dari Kejora.

“Selain itu, pengunjung yang ingin melakukan aktiviti pendakian di situ turut dikenakan kadar bayaran tertentu termasuk bayaran pengangkutan, jurupandu arah, tapak perkhemahan jika melibatkan aktiviti bermalam didalam kawasan itu,” katanya.

Perjalanan bermula dari Pejabat Cawangan Kejora Bandar Petri Jaya (kawasan lapang bersebelahan Dewan Serbaguna) menuju ke destinasi pertama iaitu Kem Buluh Perindu.

Peserta akan menempuh jalan ‘off-road’ iaitu jalan ladang kelapa sawit dan tanah merah sejauh 4 kilometer yang memakan masa hampir 30 hingga 45 minit perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan motorsikal.

Berikutan keadaan permukaan jalan yang agak ekstrem menyebabkan pemandu kenderaan serta penunggang motorsikal terpaksa lebih berhati-hati mengawal kenderaan masing-masing menjadikan permulaan pejalanan bertambah seronok dan menarik.

GUNUNG TAHAH 2aSebaik tiba di kaki gunung (Kem Buluh Perindu) jurupandu arah akan memberi taklimat kepada peserta seterusnya melakukan regangan dan memanaskan badan sebelum memulakan pendakian.

Struktur muka bumi yang agak mendatar pada pendakian menyusur air terjun peringkat pertama dan ditambah lagi dengan kemudahan trek pejalan kaki yang disediakan oleh pihak jurupandu arah untuk aktiviti jungle trecking ditempuhi dengan mudah sebelum merasai cabaran sebenar pendakian di peringkat ketiga.

Cabaran pendakian sememangnya memerlukan ketahanan mental dan fizikal namun keindahan panorama dan air terjun disetiap peringkat memberikan kepuasan bagi setiap peserta.

AHMAD SAPARI - Copy
AHMAD SAPARI

Seorang peserta warga emas, Ahmad Sapari, 65, berkata, kawasn tersebut amat sesuai kepada mereka yang gemarkan aktiviti lasak selain dapat menghirup udara nyaman dan melihat kehijauan semulajadi.

“Walaupun pertama kali menyertai aktiviti mendaki pada usia sebegini namun saya bersyukur kerana berjaya membuktikan bahawa saya juga mampu melakukannya,” katanya dari Bandar Tenggara, Kota Tinggi.

MOHD TAUFEK MOHD KHIR - Copy
MOHD TAUFEK

Rakannya, Mohd Taufek Mohd Khir, 30, berkata, dia tidak menyangka bejaya menamatkan pendakian sehingga ke tingkat tujuh air terjun Gunung Tahah ini.

“Pada mulanya di tingkat empat saya sudah mula berasa seperti tidak mampu untuk meneruskan pedakian namun atas dorongan dan semangat kawan-kawan akhirnya saya berjaya juga.

“Keseronokan dikecapi apabila kita berjaya melakukannya. Syukur alhamdulillah,” katanya yang bertugas di pejabat Kejora Bandar Tenggara.

NUR AFINA AIDA AZIZI - Copy
NUR AFINA AIDA

Peserta termuda dan lepasan sekolah, Nur Afina Aida Azizi, 18, berkata, dia seronok dan tidak akan melupakan pengalaman pertama kali mendaki di air terjun sembilan tingkat Gunung Tahah ini.

Katanya, walaupun tidak sampai ke kemucak gunung Tahah tetapi cabaran mendaki hingga ketingkat sembilan (air terjun) sudah cukup memberi pengalaman manis buat saya.

“Aktiviti ini cukup sesesuai untuk semua peringkat usia. Saya pasti akan menceritakankan pengalaman ini kepada keluarga dan rakan-rakan dan bersedia datang lagi jika berpeluang,” kata anak sulung daripada empat beradik dari Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.

DSC_2873aInfo Gunung Muntahak

⦁ Terletak di Bandar Petri Jaya, Kota Tinggi, Johor dengan ketinggian 634 meter (2,080 kaki) dari aras laut serta memiliki air terjun sembilan tingkat.

⦁ Untuk mendapatkan maklumat dan khidmat Penunjuk Arah Gunung Tahah (PAGT) Bandar Petri Jaya hubungi talian 013-013-7795851 (Sharon), 013-7155042 (Ali Aziz)  dan 013-7079525 (Farik)

Oleh ~MEDIAKOTA || Fazura Alid

Advertisements