JAGUH 3KOTA TINGGI 25 Mac – Pelancaran Karnival Sukan Jaguh Felda Negaraku Malaysia 2018 anjuran Malis Belia Felda Malaysia (MBFM) dengan kerjasama MBFM wilayah Johor Bahru yang diadakan di Felda Air Tawar 2 di sini, berlangsung dengan penuh meriah.

Pengerusinya, Muhammad Fadzli Hassan berkata, program kali kedua dengan menyasarkan belia Felda dari seluruh negara itu bertujuan bagi memartabatkan belia dan sukan di peringkat cawangan dan wilayah seterusnya mengajak golongan berkenaan menyertai aktiviti lebih sihat.

DSC_2102

Muhammad Fadzli Hassan

Menurutnya, pada program ini MBFM memperuntukan sejumlah RM2 juta dalam bentuk pengagihan barang keperluan kepada 317 persatuan belia Felda melibatkan 11 wilayah.

“Pemberian peruntukan ini bukan sahaja memberi impak dan kesan yang positif kepada belia diperingkat cawangan kerana secara tidak langsung usaha ini dapat membangunkan dan menggerakkan aktiviti sosial di tanah rancangan masing-masing.

“Disamping itu, ianya memberi ruang kepada persatuan menjana dan meningkatkan pendapatan,” katanya yang ditemui selepas merasmikan program tersebut hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Besar Felda (Pembangunan Komuniti), Anuar Malek, Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dan Pegerusi MBFM Wilayah Johor Bahru, Mahadir Mohd Tahar.

Fadzli berharap, dengan adanya sedikit keperluan yang dapat hari ini dapat terus hidup bersama- sama dalam meningkatkan imej belia felda di semua rancangan.

Pada masa sama katanya, dapat menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai visi dan misi kearah mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan membentuk komuniti pintar dalam kalangan peneroka menerusi Felda 2.0 yang digagaskan oleh pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

“Selaku pengerusi MBFM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi termasuk Felda dan jabatan yang lain yang menyumbangkan peruntukan untuk diagihkan kepada rakan diperinglat cawangan dan wilayah,” katanya.

JAGUH 2JAGUH 1

Advertisements