Keputusan undian suku akhir shopee Piala FA 2018.

Mampukah Pahang menyingkirkan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan suku akhir Piala FA 2018.

WhatsApp Image 2018-03-20 at 18.00.34

 

KUALA LUMPUR 20 Mac – Selepas menyingkirkan juara edisi 2017, Kedah dalam pusingan ketiga, Pahang sekali lagi berdepan ujian getir apabila diundi bertemu pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan suku akhir Piala FA 2018.

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin memegang kertas undian JDT

Ini bermakna JDT, yang dikecewakan skuad Tok Gajah dalam peringkat sama musim lalu, berpeluang untuk menebus kekecewaan dalam perlawanan bulan depan dan sudah pasti pasukan Harimau Selatan tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Sufian Awang, berkata beliau percaya skuad bimbingan Dollah Salleh kini berada di prestasi terbaik selepas berjaya menyingkirkan juara bertahan Kedah 1-0 dalam pusingan ketiga minggu lalu.

“Saya yakin dan percaya, kedua-dua pasukan ada strategi masing-masing untuk menghadapi perlawanan ini. Namun kami menghormati JDT yang semestinya akan memberikan saingan sengit kerana ini dianggap seperti aksi balas dendam.

“Tapi kita juga ada taktikal dan strategi yang bakal dirangka oleh Dollah Salleh. Saya percaya perlawanan ini akan menjadi perhatian seluruh peminat,” katanya kselepas majlis undian Piala FA, di sini hari ini.

Sekiranya Pahang atau JDT berjaya melangkah ke peringkat seterusnya, lawan yang menunggu mereka di peringkat separuh akhir adalah Felda United dan PKNP FC yang akan bertemu dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Perlawanan suku akhir pertama akan diadakan pada 6, 7 dan 8 April manakala pertemuan kedua pada 20, 21 dan 22 April.

Sumber Utusan Malaysia

 

Advertisements

Got something to say? Go for it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: