MY HOME 1

Halimah (tengah bertudung merah) bersama beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional, ‘melambung’ yee sang , pada majlis terbuka sambutan Tahun Baru Cina di SJKC Mawai, Taman Daiman Jaya, Kota Tinggi di sini kelmarin.

KOTA TINGGI 18 Mac –                  Sebanyak 3,234 unit rumah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) ditawarkan kepada pembeli rumah pertama bermula 2018 hingga 2020.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, melalui Rolling Plan 3 (RP3) 2018 sebanyak RM35 juta diperuntukkan kerajaan persekutan untuk skim MyHome tersebut.

“Kementerian mengunjurkan sebanyak 1,166 bakal pembeli rumah pertama dibawah skim ini akan terima bantuan bagi tahun 2018.

DSC_1255“Skim MyHome ada dua tujuan selain membantu golongan sederhana membeli rumah pertama, skim ini juga meggalakan pemaju swasta membina lebih banyak rumah mampu milik bernilai RM300,000 ke bawah.

“Sehingga 28 Februari seramai 2,598 pemohon telah terima bantuan insentif RM30,000 dibawah skim ini. Ia melibatkan nilai keseluruhan RM77.94juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Parlimen Tenggara, di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mawai di Taman Daiman Jaya, di sini kelmarin.

Yang turut hadir Timbalan Speaker negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki dan Ketua MCA Bahagian Tenggrara, Gan Ong Pin serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional lain.

Halimah yang juga Ahli Parlimen Tenggara berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 25 pemaju telah berdaftar dengan Jabatan Perumahan Negara dan menyatakan minat dalam skim perumahan itu.

Katanya,  sehingga kini sebanyak 6,766 unit rumah mampu milik telah diluluskan dibawah projek perumahan kesemua pemaju berkenaan.

DSC_1285MY HOME 3 (2)

28166982_1494439543988159_4783568981731029054_n

Kosmo ! Negara [Isnin] 19 Mac 2018

Advertisements