20180317_115301

Asiah Md Ariff (tiga dari kiri) ketika hadir melancarkan Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (Face) dan Pelancaran Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita Bagi Peringkat Negeri Johor 2018, semalam.

Oleh Deq Non | KOTA TINGGI 17 Mac –             Program pemerkasaan keluarga dan komuniti (Face) penting bagi memastikan institusi keluarga di negeri Johor terus sejahtera.

Pengerusi awatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md Ariff berkata, perkara itu diberi keutamaan termasuk dalam aspirasi 10 tahun negeri ini iaitu dekad baharu Johor yang mengangkat kepentingan institusi keluarga menerusi memperkasa komuniti untuk membina masyarakat yang produktif dan sejahtera.

“Berdasarkan hasil kajian indeks kesejahteraan keluarga negeri Johor yang dijalankan pada tahun 2017, mendapati tiga masalah utama yang dihadapi adalah pengurusan ekonomi, pendidikan anak dan sosial anak remaja.

“Oleh itu, dalam mengharungi cabaran yang wujud, institusi keluarga yang mampu untuk berfungsi dengan baik akan dapat memastikan kesejahteraan mereka terus terpelihara. Namun, sebaliknya keluarga yang gagal menjalankan fungsinya akan terdedah kepada kepincangan yang pelbagai,” katanya semasa merasmikan Program Face dan Pelancaran Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita peringkat negeri 2018 di sini, semalam.

yang turut hadir Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohammed Ridha Datuk Abd Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Dr Khalid Jusoh, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri, Zakiah Md Noh dan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Johor, Mohamad Ali Taaib.

Asiah berkata, Felda Air Tawar 2 yang dipilih sebagai tiga model komuniti yang diukur bagi indeks kesejahteraan keluarga negeri Johor (IKKNJ) berjaya mendapat skor 7.64 daripada skor maksimum 10.

20180317_115350(1)

29387047_1585775784874747_8012100683606787510_n

Utusan Malaysia [Isnin] 19 Mac 2018

Advertisements