KITANG 1

Pengarah Urusan oran Bagus, Azmi Nan (tengah) menyampaikan hadiah kemenangan kepada Nizan Mariyadi yang muncul juara Pertandingan Memancing Raja Sungai Siri 3 yang diadakan di Sungai Johor berdekatan Dataran Tun Sri Lanang dekat sini, semalam.

 

KOTA TINGGI 19 Mac –                         Aktiviti memancing bukan sahaja menyeronokkan selain memupuk semangat kekeluargaan dengan menghimpunkan mereka dalam satu aktiviti riadah yang meriah seperti Pertandingan Memancing Raja Sungai Siri 3 anjuran bersama Joran Bagus dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) yang diadakan di Sungai Johor berdekatan Dataran Tun Sri Lanang dekat sini, semalam.

Penganjur merangkap pengarah urusan Joran Bagus, Azmi Nan berkata, ia dianjur bagi tujuan mempromosi dan menggalakkan aktiviti riadah di kalangan pengunjung luar dan warga setempat sekaligus mengeratkan hubungan antara masyarakat marhain di sini.

Azmi memberitahu, cabaran keempat akan diadakan pada April ini.

“Saya harap lebih ramai pemancing akan menyertai dan memeriahkan pertandingan itu nanti,” katanya.

KITANG 2Pada pertandingan itu, Nizan Mariyadi, 38, dari Felda Sungai Mas Kota Tinggi muncul johan apabila berjaya menaikkan ikan kitang seberat 0.385 kilogram (kg).

Nizan berkata, dia bersyukur kerana setelah tiga kali mencuba nasib pada pertandingan memancing di sini akhirnya dia berjaya muncul sebagai salah seorang pemenang.

“Pada dua siri yang lalu saya tidak mendapat sebarang kedudukan tetapi percubaan kali ketiga ini berhasil,” katanya.

Nizan yang bekerja sendiri, menewaskan 580 peserta lain dan membawa pulang wang tunai RM10,000.

Manakala tempat kedua dan ketiga yang juga berjaya menaikkan ikan kitang dimenangi Mohd Faizal Ideris, 34, dari Bandar Tenggara, Kota Tinggi (0.340 kg) dan Mohd Fadzili Kasim, 3, dari Kulai, Johor (0.295 kg).

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM1,000 dan hadiah disampaikan sendiri oleh pengarah urusan Joran Bagus, Azmi Nan.

KITANG 3

Sebahagian pemancing yang sedang menantikan pengunguman keputusan Pertandingan Memancing Raja Sungai Siri 3 yang diadakan di Sungai Johor berdekatan Dataran Tun Sri Lanang Kota Tinggi, dekat sini, semalam.

Advertisements