DSC_0536SANDAKAN 15 Mac-             Kerajaan tidak pernah mengabaikan kampung kecil malah terus menyalurkan bantuan bagi membina keperluan infrastruktur untuk kemudahan penduduk di sesebuah kampung berkenaan.

Timbalan Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, semua kampung tidak terkecuali menerima bantuan kerajaan bagi menikmati kemudahan asas yang disediakan kerajaan.

“Mereka mendapat perhatian sama rata dengan masyarakat lain di negara ini walaupun tinggal di pulau terpencil,” katanya.

DSC_0669Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan khidmat masyarakat di Kampung Pulau Berhala, Sandakan Sabah di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Halimah yang juga selaku Ahli Parlimen Tenggara turut melahirkan rasa terharu dengan sambutan yang diberikan penduduk kampung.

“Inilah keunikan dan lambang keharmonian masyarakat di negeri Sabah. Sifat toleransi dan perpaduan di kalangan penduduk dipupuk sejak berzaman.

“Semoga perpaduan dan permuafakatan ini akan menjadi contoh dan ikutan yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian,” katanya yang turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi membina balairaya dan gelanggang bola tampar.

“Semoga orang pulau dapat manfaatkan sebaiknya untuk kebaikkan bersama,” jelasnya lagi.

RAWU MASUD

RAWI MASUD

Sementara itu, Ketua Kampung Pulau Berhala, Rawi Masud berkata, kami bersyukur kerana kerajaan tidak pernah meminggirkan kami bagi menediakan kemudahan menikmati kemudahan yang disediakan.

“Pihaknya berharap lebih banyak kemudahan akan dapat diberikan kepada penduduk kampung pada masa hadapan,” katanya.

Yang turut hadir Panglima Bridgedier Jeneral Zarondin Md Amin, Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer DiRaja, Leftenan Kolonel Mohd Adlie Mohd dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Nordin Pauzi.

 

DSC_0673DSC_0693DSC_0689

 

Advertisements