DSC_0866SANDAKAN 15 Mac –                Rutin bertugas di perbatasan sudah menjadi lumrah dan sebati kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tidak ada apa yang boleh menghalang mereka daripada melakukan tugas itu dan sebagai seorang perwira bangsa, tanggungjawab memelihara keselamatan negara adalah lebih besar daripada segala-galanya.

Demikian antara ungkapan yang diucapkan Timbalan Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique ketika mengadakan kunjungan hormat ke markas Batalion Keenam Rejimen Renjer DiRaja (RRD) di Kem Tektikal Pulau Berhala Sandakan, Sabah di sini sempena program Lawatan Khidmat Masyarakat di pulau itu baru-baru ini.

DSC_0817“Alhamdulillah… Saya berkesempatan melihat sendiri kemahiran, kehebatan, keperkasaan, kecekalan dan kesiapsiagaan parajurit negara serta tahap disiplin yang cukup tinggi para anggota Rejimen Renjer Diraja dalam memastikan kedaulatan negara dapat dipertahankan.

“Sebagai pasukan infantri di dalam Tentera Darat Malaysia, pasukan ini bertindak sebagai benteng kedua yang sangat penting dalam sistem pertahanan ATM.

“Keberanian dan ketangkasan para anggota RRD ini sememangnya diakui. Maka tidak hairanlah mengapa mereka sentiasa berpegang dengan cogankata “Agi Hidup Agi Ngelaban”. Teruskan perjuangan kalian demi negara tercinta,” katanya lagi.

DSC_0808Yang turut hadir Panglima Bridgedier Jeneral Zarondin Md Amin, Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer DiRaja, Leftenan Kolonel Mohd Adlie Mohd dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Nordin Pauzi.

Seramai 300 orang warga Batalion Keenam RRD dari Kem Pusat Latihan Tempur Darata (Pulada) Ulu Tiram, Johor terlibat di dalam program ini

Terdahulu sebelum itu Halimah yang juga selaku Ahli Parlimen Tenggara
turut melawat Dewan 3M (Membaca, Mengira dan Menulis) yang dibina Angkatan Bersama sebagai satu khidmat sosial dalam memberi pendidikan asas kepada anak-anak Kampung Pulau Berhala.

DSC_0841DSC_0880

Advertisements