Tarian IGAL-IGAL adalah tarian tradisional suku kaum Bajau​, yang ​diambil daripada perkataan inggeris ‘eagle’ yang bermaksud helang kerana gerak tari igal-igal seperti gerakan seekor helang.

P155 newTarian berkenaan merupakan tarian tradisi suku kaum Bajau di Sabah. Ia kerap diadakan di majlis keramaian seperti majlis perkahwinan atau menyambut tetamu di majlis-malis rasmi.

Dengan alunan muzik tradisional, penari sama ada lelaki dan perempuan akan menari atau ‘mengalai’ di hadapan tetamu yang diraikan.

Pada masa sama, tetamu dan orang ramai yang menyaksikan persembahan ini akan menyelitkan wang pada jari penari berkenaan yang dikenali sebagai ‘sabod’ dalam kalangan masyarakat Bajau.

Pemberian sabod bukan untuk memberi upah, tetapi diberi kepada penari sebagai tanda terima kasih selain sebagai tanda hormat kepada penari yang menghiburkan tetamu.

Jumlah wang yang diberi mengikut kemampuan dan keikhlasan penonton.

DSC_0554DSC_0772

Advertisements