DSC_0321

SANDAKAN 15 Mac – Pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan, Sabah menerima kunjungan mesra rombongan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merangkap Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Wira Halimah Mohamed Sadique baru-baru ini.

P155 newLawatan tiga hari melibatkan 48 pemimpin masyarakat terdiri daripada ketua kampung dan jawatankuasa perwakilan penduduk (JPP) serta kepimpinan bandan bukan kerajaan (NGO) dari kawasan parlimen Tenggara.

Selain melihat suasana sebenar sekitar bandar Sandakan, program anjuran KPKT dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Tenggara itu lebih menjurus kepada pendedahan mengenai pelbagai aspek dan pendekatan ilmu serta mengiratkan silaturahim.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah, Nordin Pauzi serta timbalannya dan Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew.

DSC_0331

Advertisements