FarikZura

Berpeluang mengikuti program Lawatan Mesra & Khidmat Masyarakat anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke Sandakan, Sabah minggu lalu memberi pengalaman manis buat admin, Namawa Farik Salleh & Azura Alid.

Bagi kami, sebagai jurufoto & travel journalist peluang sebegini hanya datang sekali sahaja. Selain mengikuti tentatif program yang telah disediakan, destinasi ke negeri di bawah bayu itu memberikan satu pengalaman manis buat diri kami serta ahli rombongan yang mengikutinya.

Terima kasih kepada pihak penganjur khususnya YB Timbalan Menteri KPKT merangkap Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Wira Halimah binti Mohamed Sadique yang sudi membawa admin berdua menyertai progra lawatan ini..

Tidak dilupakan juga kepada semua rakan-rakan dan penyelaras program yang  menjaga kami serta layanan yang begitu mesra dan ‘sporting’  sepanjang kami berada di sini.

Terima kasih daun keladi, kalau ada peluang nak ikut lagi…..peace yaw !!!

 

Sabah sememangnya kaya dengan pelbagai keindahan alam semula jadi daripada dasar lautnya hinggalah ke puncak gunung Kinabalu. Di samping itu, negeri tersebut turut mempunyai lebih 32 etnik seperti Bajau, Iranun, Kadazan Dusun dan Murut yang mengamalkan budaya dan adat masing-masing.

Selain dibawa bersiaran ke lokasi menarik sekitar bandar Sandakan dan kami turut berpeluang untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai budaya dan kehidupan penduduk di Sabah khususnya dari suku kaum Bajau di Pulau Berhala.

Difahamkan, suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Mereka mendiami kawasan persisiran pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat.BERHALA 3.jpg

DSC_0553

29103636_1576181409167518_8133703071268564917_n

DSC_0216

DSC_1188

Advertisements