DSC_0259KOTA TINGGI 3 Mac.-                     Sebanyak RM114,730 telah diperuntukkan kepada usahawan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti di bawah Program Galakan Usahawan (PGU) 2018 anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi di sini.

Bantuan tersebut diberikan kepada enam usahawan projek industri kecil melibatkan jumlah RM24,730 manakala tiga peserta projek pertigasi melibatkan jumlah RM90,000.

Penyerahan sijil bantuan pertanian itu disampaikan oleh Timbalan Speaker Negeri meragkap ADUN Panti, Datuk Baderi Dasuki di majlis yang diadakan di Balai Raya, Kampung Orang Asli  Sayong Pinang, Kota Tinggi di sini, baru-baru ini.

Baderi berkata, peluang bantuan keusahawanan ini bukan sahaja membantu mereka yang sudah mempunyai pendapatan tetap tetapi dalam masa sama boleh menjadi ‘side income’.

“Ia sekali gus dapat memberikan kita keselesaan dalam hidup lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini.

“Kita harap akan lebih ramai golongan muda akan terjun dalam bidang IKS ini dengan kerjasama agensi pertanian seterusnya meletakkan anak muda terus berjaya dalam pembangunan ekonominya,” katanya.

Yang turut hadir wakil rasmi kepada Pegawai Pertanian Daerah, Saifulizam Mustaffar, Pegawai Jabatan Orang Asli (JAKOA) Daerah, Suhaila Isenin dan Ketua Batin KOA Sayong Pinang, Majid Jantan.

PERTANIAN (3)

Advertisements