DESA IMPIAN 2a

Halimah Mohamed Sadique (bertudung coklat) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kejiranan Desa Impian di Bandar Tenggara, dekat sini, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 5 Mac- Sebanyak 52 unit rumah kedai satu tingkat serta 50 unit rumah teres satu tingkat bakal dibina oleh anak syarikat milik penuh Avillion Berhad (AB) di Bandar Tenggara dekat sini.

Projek pembangunan bercampur dilakukan secara usaha sama Golden Envoy Sdn Bhd (GESB) dengan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) itu terbahagi kepada empat fasa di kawasan seluas kira-kira 66.7 hektar.

AMIRUL BAHAROM

AMIRUL BAHAROM

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AB, Amirul Baharom, berkata pembangunan kawasan dikenali sebagai Desa Impian itu, mencakupi beberapa jenis rumah kediaman serta bangunan komersil.

Menurutnya,, sejumlah 156 unit rumah teres satu tingkat dan 26 unit kedai satu tingkat dalam fasa pertama, berjaya disiapkan dan habis dijual.

“Bagi Fasa 2A ini, sejumlah 45 unit rumah teres tersebut akan dijual kepada kakitangan kerajaan, melalui skim Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

“Manakala 50 peratus atau 26 unit lot kedai dibina dalam fasa berkenaan, dirizabkan kepada pembeli Bumiputera.,” katanya.

Beliau ditemui berkata demikian selepas majlis pelancaran Kejiranan Desa Impian yang disempurnakan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique di Bandar Tenggara, dekat sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar Kejora, Norazman Othman dan Pengerusi GESB, Tan Sri Datuk Dr Samsudin Hitam.

Amirul berkata, pembinaan 52 unit rumah teres satu tingkat dalam Fasa 2B pula, akan menyusul selepas pembangunan fizikal di Fasa 2A disiapkan.

“Bagi pembangunan Fasa 3 Desa Impian, GESB berharap dapat membina 119 unit teres, rumah kos sederhana (130) dan 18 unit rumah kedai kos sederhana.

“Bagaimanapun, jumlah rumah teres milik bakal dibina dalam Fasa 3 itu, bergantung kepada keputusan dan perkiraan kerajaan negeri.

“Pada masa sama, GESB turut merizabkan sebahagian tanah dalam Desa Impian itu sebagai tapak sekolah rendah, sekolah agama, surau, klinik serta taman permainan.

“Pembangunan Desa Impian yang keseluruhannya membabitkan kos antara RM250 juta hingga RM300 juta itu, dijangka disiapkan sepenuhnya dalam tempoh lapan hingga 10 tahun,” katanya.

DSC_0640

Advertisements