Liga Super MATCHWEEK 4 – JDT vs Melaka Utd

Liga Super MATCHWEEK 4
24 Feb 2018 – Sabtu – JDT vs Melaka Utd

JDT MELAKA
JOM !! ramai-ramai kita penuhkan stadum Larkin bagI menyaksikan perlawanan Liga Super Malaysia 2018 antara Johor Darul Ta’zim {JDT} lwn Melaka United.

Bagi anda yang tidak dapat tiket atau tidak berkesempatan ke stadium boleh menyaksikannya secara LIVE di Unifi HD & Iflix…… ale ale ale ale LUASKAN KUASAMU JOHOR !!

Highlight JDT 3-0 MELAKA UNITED. | Kredit video : ROTP

JDT cemerlang, Selangor malang

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali ke landasan kemenangan untuk menguasai puncak liga ketika satu lagi pasukan gergasi Selangor tersungkur di laman sendiri dalam perlawanan Liga Super malam ini.

Selepas tewas mengejut 0-1 kepada Kuala Lumpur minggu lalu, skuad bimbingan Ulisses Morais menjadikan Melaka United mang­sa kebangkitan mereka dengan menang selesa 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Kemenangan itu memboleh­kan skuad Harimau Selatan me­ngutip sembilan mata menerusi empat perlawanan, memintas Terengganu FC I di tempat kedua dengan lapan mata.

Dalam perlawanan yang berat sebelah itu, skuad Hang Tuah bagaimanapun bermula garang pada awal permainan namun gagal menyekat kemaraan Harimau Selatan yang mempamerkan corak permainan lebih bertenaga dengan serangan berbahaya ke kubu lawan.

Hasilnya, tiga pemain import JDT iaitu Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz dan Natxo Insa masing-masing meledak satu gol untuk meletakkan pasukan tuan rumah di kedudukan selesa pada babak pertama perlawanan.

Memasuki babak kedua, JDT yang membuat tiga pertukaran memperoleh beberapa peluang menarik lagi untuk menambah jaringan namun gagal memanfaatkannya dengan baik untuk keputusan kekal hingga ke wisel penamat.

Sumber – Utusan Malaysia

 

Advertisements

Got something to say? Go for it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: