DSC_0156PENGERANG 20 Feb.- Program Jelajah Pengerang (PJP) 2018 bukan sahaja untuk merakyatkan agensi kerajaan menerusi perkhidmatan langsung kepada para pelanggannya malah meningkatkan motivasi, idea dalam membudayakan bidang keusahawanan.

Sebanyak 50 tapak gerai disediakan oleh pihak penganjur yang disertai oleh ahli Kelab Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Pengerang yang turut dilancarkan dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

SHAHRIL BUANG

SHAHRIL BUANG

Seorang pengunjung Shahril Buang, 42, berkata program ini memang amat menarik serta memberi impak yang besar kepada pengunjung selain penglibatan agensi yang banyak memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada orang ramai.

 

”Sebagai salah seorang pengunjung, saya rasa bangga kerana hampir ke semua yang hadir dan terlibat merupakan golongan usahawan, pelajar dan profesional.

”Ini sekali gus dapat memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang bagus bagi kami khususnya dikalangan usahawan dan penuntut,” katanya.

HAYATI TUGIMAN

HAYATI TUGIMAN

Bagi pengusaha kek dan roti Hayati Tugiman, 46, dari Bandar Penawar, program ini menjadi platform untuk menyampaikan maklumat mengenai produk yang diusahakannya.

 

“Selain itu, menerusi taklimat dan pameran yang diadakan para pengunjung dapat mengetahui mengenai khidmat nasihat berkaitan perundangan, produk, perkhidmatan dan kaedah promosi berkesan dalam bidang perniagaan,” katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Petroleum Johor Berhad (JPDC), Izhar Hifnei Ismail berkata, masyarakat setempat perlu diberi keutamaan menikmati kesan limpahan ekonomi yang berlaku di kawasan mereka.

Izhar Hifnei Ismail (4)

IZHAR IFNEI ISMAIL

“JPDC turut dipertanggungjawab untuk merancang dan memudahcara pembangunan di sini, seterusnya bagi memastikan kesan limpahan ekonomi projek berkenaan, memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

 

“Antara usaha dilakukan JPDC bagi mencapai matlamat itu, ialah menyediakan peluang serta ruang kepada golongan sasar, dalam bentuk latihan, promosi serta mendapat informasi terkini mengenai keusahawanan,” katanya.FOKUS 4 (1)

Advertisements