Jelajah Pengerang Meriah

Diserbu lebih 10,000 pengunjung, berjaya capai matlamat bantu masyarakat

WANITA 2

AZALINA OTHMAN SAID (tengah) bersama sebahagian orang ramai yang hadir dalam Program Jelajah Pengerang 2018 di Stadium Bandar Penawar, Kota Tinggi, baru-baru ini.

PENGERANG 20 Feb. – Meriah! Itulah yang dapat digambarkan pada program Jelajah Pengerang 2018 yang diadakan di Stadium Bandar Penawar dekat sini, baru-baru ini.

Apa tidaknya, pelbagai aktiviti dan acara yang diadakan mendapat sambutan baik daripada orang ramai, khususnya penduduk setempat.

 

FOKUS 2Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, program sehari yang julung kali dianjurkan pihaknya menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berjaya mencapai matlamatnya apabila pelbagai agensi dapat memberi perkhidmatan terus kepada pe­langgan masing-masing.

“Langkah ini bertepatan de­ngan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar pemimpin terus mendekati rak­yat secara berfokus dan mengurangkan kerenah birokrasi dalam perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program berkenaan.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah The Longest Non-Stop Video Game Event yang turut dicatatkan dalam buku Malaysia Book of Records, pameran oleh agensi kerajaan, Klinik Bantuan Guaman dan soal jawab undang-undang ‘Anda Tanya Kami Jawab’.

FOKUS 3 (1)Para pengunjung turut dihiburkan dengan Gegar Pengerang oleh beberapa selebriti tanah air, program mewarna bersama keluarga dan Pengerang Iron Chef.

Antara agensi yang mengambil bahagian ialah Biro Tatanegara, Lembaga Penasihat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Bantuan Guaman, Pusat Timbangtara Seranta Kuala Lumpur (KLRCA), Jabatan Insolvensi, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan Bahagian Perlindungan, Institut Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Amanah Raya Berhad.

Pada program tersebut, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut melancarkan Klinik Bantuan Guaman Bergerak yang bertujuan membantu rak­yat, khusus masyarakat Pengerang untuk mendapatkan khidmat dan nasihat perundangan.

Justeru, penganjuran Jelajah Pengerang 2018 berjaya memberi manfaat kepada rakyat apatah lagi kawasan berkenaan kini pesat membangun sebagai hab minyak dan gas di negara ini.

Sumber – Utusan Malaysia

Advertisements

Got something to say? Go for it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: