DSC_1546

Sumardi Darmin (tengah) menerima hadiah kemenangan sebagai Raja Sungai 2 daripada Azmi Nan (kanan) sempena pertandingan memancing di Sungai Johor, di Astaka Budaya, Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi di sini, semalam.

KOTA TINGGI 19 Feb.- Tidak sia-sia azam dan kesabaran seorang warga emas menyertai pertandingan memancing ternyata membawa tuah apabila berjaya mengondol tempat pertama dalam Pertandingan Memancing Raja Sungai 2 anjuran Joran Bagus di Sungai Johor, Kota Tinggi di sini semalam.

Menurut Sumardi Damiah, 60, dia tidak menyangka kejayaannya menaikkan ikan kitang seberat 0.335 kilogram (kg) selepas kira-kira dua jam acara tersebut bermula membuahkan hasil.

“Saya tak sangka boleh memenangi pertandingan ini mungkin kejayaan ini merupakan rezeki anak sulung saya yang bakal melanjutkan pengajiannya dalam kursus perdagangan kesebuah institusi pengajian tinggi (UTM) Mac ini.

“Syukur Alhamdulillah, akhirnya tuah menyebelahi dan menjadi rezeki buat kami.” kata bapa kepada tiga orang anak dari Pasir Gudang, Johor.

Sumardi yang bekerja sebagai buruh binaan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, manakala tempat kedua dimenangi oleh Sulaiman Abu Talib, 55, dan Mohd Fadli Kassim, 38, yang masing-masing berjaya menaikkan ikan kitang seberat 0.315 kg dan 0.300 kg.

Kedua-dua pemenang yang datang dari Bandar Mas dan Taman Aman, Kota Tinggi di sini, masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 dan RM1,000.

Kesemua hadiah itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Joran Bagus, Azmi Nan.

Azmi berkata, pertandingan yang mendapat kerjasama pihak berkuasa tempatan, Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) ini akan dianjurkan setiap bulan dengan tawaran hadiah yang lebih menarik.

DSC_1424DSC_1428DSC_1442

DSC_1479DSC_1483DSC_1487MANCING 2 (1)DSC_1575

 

Advertisements