DSC_0195KOTA TINGGI 13 Feb.- Pelaburan pendidikan secara holistik, merangkumi keperibadian dan akhlak baik serta dilengkapkan dengan pakej ilmu dan kemahiran yang diperlukan setelah meninggalkan alam persekolahan atau pengajian.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, matlamat pendidikan negara adalah menuju ke arah pembentukan individu yang cemerlang dan seimbang dari segi akademik, sahsiah serta jati diri.

Beliau berkata, pelaburan dalam pendidikan amat penting dalam merealisasikan aspirasi menjadi negara berpendapatan tinggi.

“Dalam erti kata lain, kita mahu melahirkan pelajar berfikiran kritis tetapi pada masa sama mempunyai akhlak yang tinggi dan kerohanian yang mantap.

DSC_0197“Pelaburan pendidikan secara holistik akan memberi impak berganda terhadap daya saing ekonomi dan sosial serta pembangunan negara secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan NGO dalam Parlimen Kota Tinggi di Dewan Komuniti Ehsan Kampung Singapura, Tanjung Sedili Kota Tinggi di sini, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut sebanyak RM212,000.00 telah diagihkan kepada 66 persatuan termasuk Badan kebajikan dan PIBG sekolah kebangsaan (30 sekolah), sekolah menengah (6 sekolah) dan sekolah agama (26 sekolah) serta tiga pertubuhan bukan kerajaan NGO dalam parlimen itu.

Turut disampaikan sumbangan dua kotak limau dan ‘angpau’ kepada 40 penerima dikalangan warga emas dan kurang berkemampuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Yang turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak dan Pengurus Besar Kejora, Norazman Othman.DSC_0217DSC_0214DSC_0226DSC_0248

Advertisements