polis 1

Ahsmon Bajah (tengah) memerhatikan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohammed Ridha Datuk Abd Kadir (kanan) memakaikan topi keledar kepada seorang penunggang sempena Majlis Pelancaran Ops Selamat, Rumah Selamat peringkat daerah di stesen minyak Petronas Jalan Tun Sri Lanang di sini, semalam….Foto oleh Deq Non

KOTA TINGGI 15 Feb.- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi memperkenalkan slogan #Tell IfYouNotFeelUs sempena Majlis Pelancaran Ops Selamat, Rumah Selamat peringkat daerah di stesen minyak Petronas Jalan Tun Sri Lanang di sini, semalam.

 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahsmon Bajah berkata slogan bermaksud ‘maklumkan sekiranya anda tidak merasakan kehadiran polis’ merupakan komitmen polis Kota Tinggi

“Saya mohon semua wakil kerajaan memberi respon terus kepada saya sekiranya mana-mana-mana kawasan, premis merasakan pihak polis tidak dapat dilihat kehadiran mereka tidak seperti diharapkan.

“Malah saya juga sentiasa ingatkan polis Kota Tinggi dalam apa juga program dianjurkan mestilah memberi impak, mencapai objektif dan masyarakat dapat merasai. Bukan sekadar melancar program semata-mata,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohammed Ridha Datuk Abd Kadir dan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Tinggi, Mohd Ali Piee.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Kota Tinggi merupakan antara daerah yang tersenarai dalam lima kawasan paling tinggi kerap berlaku kemalangan pada tahun lepas.

Katanya, setiap musim perayaan pelbagai inisiatif dan bentuk kesedaran dilancarkan untuk keselamatan pengguna jalanraya.

Namun statistik kemalangan masih menunjukan peningkatan di mana sehingga hari ini daerah ini masih menunjukan peningkatan kadar kemalangan jalanraya dan kemalangan maut.

“Sebagai agensi dipertanggungjawab untuk pastikan keselesaan pengguna di jalan raya saya seru semua pihak agar sampaikan kepada rakan, jiran bahawa sikap itu adalah paling utama.

“Sebab itulah pada awalnya nama program ini adalah ops sikap tetapi diubah kepada ops selamat. Tetapi mesej dan objektif masih sama kita tumpu kepada sikap pemandu sendiri

“Jika kita lihat kadar kemalangan dan kes pelanggaran peraturan jalanraya semakin meningkat di mana puncanya adalah dari sikap pengguna sendiri,” katanya.

polis 2

Ahsmon Bajah (kanan) ketika merasmikan Pelancaran Tagline #Tell IfYouNotSeeUs sempena Majlis Pelancaran Ops Selamat, Rumah Selamat peringkat daerah di stesen minyak Petronas Jalan Tun Sri Lanang di sini, semalam….Foto oleh Deq Non

Advertisements