KOTA TINGGI 13 Feb.- Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi (SMAKT) bakal memiliki sebuah bangunan kantin baharu dengan kos RM380,000 termasuk kos baik pulih serta keperluan asrama yang akan dibina di lokasi sekolah sedia ada di Taman Kota Jaya di sini.

Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pembinaan bangunan kantin baharu itu bagi meningkatkan lagi keselesaan dan keselamatan terutama kepada 400 pelajar yang tinggal di asrama sekolah tersebut.

“Pembinaan bangunan kantin baharu itu adalah untuk menggantikan bangunan yang telah usang selain memenuhi keperluan pelajar yang semakin bertambah seiring dengan kepesatan pembangunan sekitarnya.

“Saya yakin segala kemudahan yang disediakan memberi keselesaan dan keselamatan serta kebaikan kepada semua warga sekolah,” katanya.

KANTIN 1Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Bersama Ibu Bapa dan Peyerahan Cek Naik Taraf Kantin SMA Kota Tinggi, Taman Kota jaya di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengetua dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMA Kota Tinggi, Fahariah Pungut dan Mohd Faiz Ithnin.

Sementara itu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMA Kota Tinggi, Mohd Faiz Ithnin berkata, selain anak-anak dari taman perumahan di sini, sebahagian besar pelajar yang bersekolah di sekolah itu adalah dari seluruh daerah Kota Tinggi.

“Penduduk khususnya ibu bapa amat gembira kerana anak-anak mereka mendapat kemudahan baharu itu,” katanya.KANTIN 3bKANTIN 4KANTIN 2

Advertisements