EMPAT NEGERI 2a

Seorang usahawan bimbingan JPDC menerima sijil penganugerahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sempena program Jelajah Pengerang 2018 di Stadium Bandar Penawar, Pengerang di sini, baru-baru ini.

PENGERANG 11 Feb.-               Pembangunan industri hiliran minyak dan gas di Pengerang sejak 2013 lalu, membantu komuniti usahawan tempatan mengembangkan perniagaan masing -masing.

Ini kerana, kelompok pelanggan baharu dengan pelbagai latar belakang dan kuasa beli tinggi yang hadir di kawasan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC), pastinya menginginkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi.

Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Petroleum Johor Berhad (JPDC), Izhar Hifnei Ismail berkata, rakyat tempatan perlu diberi keutamaan menikmati kesan limpahan ekonomi yang berlaku di tempat mereka.

Menurutnya, JPDC dipertanggungjawab untuk merancang dan memudahcara pembangunan PIPC, bagi memastikan kesan limpahan ekonomi projek berkenaan, memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

DSC_0156“Antara usaha dilakukan JPDC bagi mencapai matlamat itu, ialah menyediakan peluang serta ruang kepada golongan sasar, mengambil bahagian lebih berkesan dalam aktiviti ekonomi di tempat mereka.

“Beberapa siri kursus pemantapan pengurusan perniagaan seperti pramusaji, jahitan serta kebolehan berkomunikasi Bahasa Inggeris, sejak 2014 lalu,” katanya.

Izhar Hifnei Ismail (4)

Izhar Hifnei Ismail

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Jelajah Pengerang 2018 di Stadium Bandar Penawar, Pengerang di sini, baru-baru ini.

Izhar Hifnei berkata, seramai 1,086 pelatih, termasuk berjaya mengikuti kursus dianjur pihaknya, sepanjang tempoh itu.

Katanya, kursus anjuran JPDC itu mendapat kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara, MARA dan Akademi Bahasa di Universiti Teknologi Malaysia.

“Selain latihan kemahiran, peserta turut didedahkan kepada aspek penjagaan kebersihan diri, penyeliaan kebersihan dalam penyediaan makanan dan minuman.

“Malah mereka turut dilatih dalam aspek keselamatan, penyediaan dan penyelengaraan peralatan dan perkakas memasak serta prosedur operasi standard diamalkan restoran dan hotel,” katanya.

Hasnah Mahmood

Hasnah Mahmood

Sementara itu, usahawan jahitan, Hasnah Mahmood berkata, kursus anjuran JPDC menjadikan beliau kini lebih yakin untuk mempromosi perniagaannya.

“Bimbing selia tenaga pengajar serta jaringan JPDC, memberi peluang kepada saya memperkenal perkhidmatan, untuk dipromosi kepada beberapa syarikat yang beroperasi di PIPC.

“Setakat ini, saya sudah menerima langganan membuat pakaian ‘overall’ untuk pekerja tapak, sebuah syarikat kontraktor di PIPC,” katanya.WANITA 2

 

Advertisements