MASJID 1KOTA TINGGI 10 Feb. – Pengundi diingatkan agar bijak memilih calon pada pilihanraya umum (PRU) 14 terutamanya calon yang sentiasa meletakkan keutamaan kepada rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan mengundi pemimpin yang lompat parti tidak akan membawa sebarang manfaat.

Menurutnya, ia termasuklah memilih ADUN dan Ahli Parlimen terdiri daripada pihak pembangkang yang tidak membawa apa-apa pembangunan kepada rakyat.

“Kita kena pilih calon yang letakkan keutamaan kepada rakyat dan calon yang akan bawa pembangunan kepada rakyat. Kalau pilih Adun dan Ahli Parlimen pembangkang tak dapat bawa pembangunan yang rugi adalah rakyat juga nanti.

“Bagi saya kalau pengundi nak pilih pemimpin lompat parti, kalau dia boleh tinggalkan parti UMNO dia juga boleh tinggalkan parti yang dia ada sekarang.,” katanya.

WhatsApp Image 2018-02-09 at 18.06.05Beliau ditemui berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Masjid Felda Semenchu Kota Tinggi di sini, semalam.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Syed Sis Syed Abd Rahman.

Dalam pada itu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang menngucapkan tahniah kepada masyarakat Felda Semenchu yang bakal mendapat Masjid baharu bernilai RM3.5 juta.

“Terima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri yang telah meluluskan dan merealisasikan impian masyarakat tempatan di Parlimen Pengerang.

“Semoga dengan adanya masjid baharu ini nanti akan memberi keselesaan kepada semua jemaah dan menjadi tempat berkumpul mengeratkan silaratulrahim melalui pelbagai aktiviti bermanfaat dan program-program ilmu,” katanya.

Foto kredit – TEAMAZA P157 PENGERANG

Advertisements