Wanita maut terlibat kemalangan

MAUT KM34 (3)

KERETA dipandu Lee Peng bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan sebelum berlaku kemalangan di Kilometer (KM) 34.0 Jalan Johor Bahru-Mersing, berhampiran Kota Tinggi, Johor, pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

10 Februari 2018 1:28 PM

KOTA TINGGI 10 Feb.- Seorang pemandu wanita maut apabila kereta yang dipandu terlibat kemalangan di Kilometer (KM) 34.0 Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, Sim Lee Peng, 36, beralamat di Kampung Gembut, Jalan Tanjung Sedili di sini meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan cedera di badan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dari arah Kota Tinggi ke Johor Bahru masuk laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dari bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami cedera di badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Persona, Fred Anak Edin berusia 31 tahun mengalami cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

“Kes di siasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Sumber – UTUSAN ONLINE | Foto kredit JBPM

MAUT KM34 (5)MAUT KM34 (4)MAUT KM34 (3)MAUT KM34 (2)MAUT KM34 (1)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/wanita-maut-terlibat-kemalangan-1.606443#ixzz56gOwmux6
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

Got something to say? Go for it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: