KOTA TINGGI 04 Feb.- Menteri wanita dalam kabinet berupaya melaksanakan tanggungjawab dalam melakukan tugasan yang sama penting dan setimpal dengan menteri kabinet yang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dia terkilan dakwaan pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa menteri kabinet wanita dalam zaman Datuk Seri Najib tidak mempunyai portfolio penting sebab tidak wujud kementerian yang lebih relevan.

Menurutnya, bila wanita dilantik menjadi menteri kabinet tak kisah apa-apa kementerian atau Jabatan Perdana Menteri yang penting kita jalan dan laksanakan kerja yang sama dengan menteri-menteri lain.

EMPAT NEGERI 3“Saya lihat Datuk Seri Najib, Perdana Menteri yang sangat peka dengan isu wanita. Contohnya terhadap isu wanita dan keluarga antaranya melalui kewujudan akta jenayah seksual kanak-kanak, mahkamah jenayah seksual khas yang diwujudkan untuk beri fokus isu wanita dan kanak-kanak.

“Jika Tun mengatakan Datuk Seri Najib tidak peka terhadap isu wanita mengapa pada zaman beliau menjadi perdana menteri pindaan tersebut (isu wanita dan keluarga) tidak diwujudkan. Bagi saya ini adalah kenyataan yang tidak gentelman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas kenyataan bekas perdana menteri itu selepas merasmikan Program Jelajah Pengerang 2018 di Stadium Bandar Penawar, Kota inggi di sini.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang menegaskan, Tun M memberi komen seolah Datuk Seri Najib tidak meletakkan keutamaan kepada kaum wanita itu adalah tidak adil.

“Saya rasa agak tidak adil dan kalau kita tengok juga isu 30 peratus yang diperjuangkan dalam GLC dan juga dalam syarikat-syarikat yang mana kementerian wanita sendiri membuatkan permintaan dari segi politik juga baru-baru ini.

“Itu sebab bagi saya sangat terkilan kenyataan beliau boleh begitu sekali menggunakan isu seolah-olah menteri kabinet wanita tidak releven itu satu kenyataan yang tidak ‘gentlement,” katanya.DSC_0135

Advertisements