Akta kekang berita palsu dibentang Mac

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Undang-undang baharu bagi mengekang beri­ta palsu diharap dapat dimuktamadkan dan seterus­nya dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula Mac ini.

AZALINA OTHMAN SAID

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mesyua­rat kedua jawatankuasa khas bagi merangka undang-undang berkenaan akan diadakan pada minggu ini.

“Minggu ini akan diadakan mesyuarat jawatankuasa khas yang kedua dan mungkin akan ada perkembangan baharu mengenai undang-undang tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 30 Januari lalu, Azalina memaklumkan kerajaan telah membentuk satu jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baharu untuk memben­dung berita palsu di negara ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengkaji untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu namun perkara tersebut tidak bermakna kerajaan mengawal Internet.

DSC_0156Sementara itu, di KOTA TINGGI semalam, Azalina berkata, lebih banyak pihak terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), peguam dan pensyarah serta ahli Parlimen akan dipanggil bagi membantu membincangkan mengenai undang-undang baharu yang akan dirangka bagi mengekang berita palsu.

“Saya tak nak menjemput mereka yang dalam mesyuarat cakap lain di luar mesyuarat cakap lain. Saya juga tak nak jemput mereka yang belum lagi mesyuarat sudah tuduh macam-macam.

“Saya nak menjemput terutama sekali ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang memang melihat bahawa ini adalah satu masalah besar, masalah keselamatan negara kerana berita palsu ini boleh mengancam negara,” katanya.

Tambahnya, sebagai kerajaan, BN boleh membuat draf undang-undang tanpa perlu berbincang dalam jawatankuasa.

“Kita ada kuasa penuh, tidak adanya mana-mana tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa semua perbinca­ngan mesti ada jawatankuasa Parlimen tetapi kita buat ini menunjukkan bahawa ihsan Perdana Menteri yang mahu pandangan semua pihak diambil,” katanya.

Sumber – Utusan Malaysia

DSC_0126DSC_0165

Advertisements

Got something to say? Go for it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: