KOTA TINGGI, 5 Feb –      Seramai 650 keluarga kurang berkemampuan dalam kawasan Parlimen Tenggara menerima sumbangan hamper makanan dan ‘angpau’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tenggara.

Ahli Parlimennya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata program itu adalah acara  tahunan pihaknya dan kali ini kepada keluarga Tionghua sempena sambutan berkenaan tidak lama lagi bagi meringankan bebanan mereka.

DSC_9971Menurutnya, senarai penerima kali ini diperolehi daripada kepimpinan parti MCA dan Gerakan selain kepimpinan masyarakat Tionghua yang ada.

“Sumbangan itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan selain menceriakan golongan berkenaan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Program ini adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat sekali gus mewujudkan keharmonian antara kaum dan meraikan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan tersebut di Dewan SJKC Mawai Taman Daiman Jaya, Kota Tinggi di sini.

Turut hadir, Timbalan Speaker Negeri Johor merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Panti Datuk Baderi Dasuki, Pengerusi MCA Tenggara Gan Ong Pin dan Pengerusi Gerakan Tenggara, Albert Teo.

DSC_0072DSC_0082DSC_0001

Advertisements