Panduan Tonton Live Streaming Football Malaysia di Iflix | Adakah anda peminat bolasepak Liga Malaysia 2018? Untuk makluman, kini anda boleh tonton Liga Malaysia 2018 secara streaming di aplikasi Iflix. Bagaimana cara untuk gunakan aplikasi iFlix? iFlix adalah merupakan perkhidmatan hiburan terkemuka di dunia yang menawarkan tontonan berkualiti tinggi (HD) di semua peranti. Selain anda dapat menonton bolasepak, anda juga boleh menyaksikan drama dan filem antarabangsa.
73f7e-iflix-logo-static

 

Sebenarnya, terdapat 132 perlawanan Liga Super, Piala Malaysia dan beberapa perlawanan pilihan dari Piala FA dan Liga Premier yang akan ditayangkan melalui saluran ‘Football Malaysia on iFlix’. Saluran Football Malaysia on iFlix telah menyertai penstriman sukan secara langsung yang ditawarkan seperti Liga 1 Indonesia, Kriket T10 di Bangladesh dan pertandingan eSport untuk Dota2.

Berikut dikongsikan adalah panduan penggunaan live streaming Football Malaysia di aplikasi iFlix:

1. Pengguna perlu muat turun aplikasi iFlix di App Store atau Google Play. Bagi yang menggunakan laptop atau komputer, anda perlu layari laman web di www.iflix.com.

2. Kemudian, anda perlu sign up account dahulu. Anda diberikan pilihan sama ada sign up menggunakan Facebook account @ Google email. Pastikan anda ingat ‘Username’ dan ‘Password’ yang telah didaftarkan.

3. Bagi pengguna Unifi, Maxis HomeOne Home & Digi ada promosi free subscription. Anda boleh bayar menggunakan credit/debit card, online banking dan pembelian topup di 7Eleven.

4. Setelah sign up akaun, anda login semula dan check di bahagian account > subscription.

5. Selepas masuk di aplikasi iFlix, anda boleh set di “My Preferences” dan cari di bahagian “Football Malaysia”.

6. Di bahagian Channel Football Malaysia (masih update) akan keluar game yang live pada setiap game dilangsungkan.

7. Selepas itu, tekan pada butang ‘play’.

8. Bagi yang ingin tonton live di TV, anda perlu cucuk Chromecast pada HDMI TV.

9. Tekan icon empat segi ‘Connect to Device’. Kemudian, pilih chromecast.

10. Siap untuk ditonton di TV anda.

 

Semoga perkongsian Panduan Penggunaan Live Streaming Football Malaysia di iFlix ini dapat dijadikan panduan buat anda semua peminat bolasepak tanah air.

Sumber – CELOTEHSUKAN.NET

iflix-Bola-Sepak

Advertisements