18056630-C-mara-s-mbolo-Tagcloud-Concepto-de-fotograf-a-con-palabras-blancas-sobre-un-fondo-negro-Foto-de-archivoPENGERTIAN FOTOGRAFI

FOTOGRAFI adalah aktiviti kegiatan atau proses menghasilkan suatu seni gambar atau foto melalui media cahaya dengan alat yang disebut kamera dengan maksud dan tujuan tertentu. (wikipedia)

SENI yang paling utama dalam fotografi adalah komposisi. Dengan komposisi yang baik maka foto yang dihasilkan akan mempunyai makna dan cerita yang dapat disampaikan.

PENCAHAYAAN adalah faktor utama dalam menghasilkan sebuah karya seni fotografi, tanpa cahaya atau pencahayaan yang baik adalah sukar untuk menghasilkan hasil karya yang bagus dan menarik.

 

Menarik tentang fotografi

* Seni foto merupakan seni yang sama penting dengan seni-seni yang lain seperti lukisan, arca dan seni cetak.

* Apabila ia diolah dengan penuh kreativiti oleh jurufoto yang bijak dan fasih dalam bidang itu, seni foto yang dihasilkan berupaya berbicara dengan khalayak.

* Jurufoto juga harus memahami prinsip mengenai tema, konsep dan teknik satu-satu seni foto supaya identiti yang dihasilkan dapat dikaitkan dengan imej-imej yang menarik, mencabar dan mempunyai sifat-sifat tertentu.

* Kebelakangan ini berlaku peningkatan bilangan jurugambar di negara ini. Ini berlaku ekoran daripada pertumbuhan institusi seni yang semakin meningkat. Ia menjadi penyumbang utama kepada memperkayakan seni foto tempatan.

* Dengan subjek-subjek yang cukup luas untuk digambarkan seperti landskap, figura dan aktiviti kehidupan masyarakat berbilang bangsa seni foto adalah sesuatu yang mencabar dan mampu memberi kepuasan.

_DSC7693a

Advertisements