_DSC7688bADA tiga perkara paling asas dalam fotografi iaitu Shutter speed, Aperture dan ISO. Terang atau gelap sesuatu gambar bergantung kepada tiga perkara ini atau lebih dikenali sebagai Exposure Triangle .

Kegagalan memahami dan menguasai tiga perkara ini akan menyebabkan gambar yang dirakam menjadi kabur , tidak tajam, terlalu terang atau terlalu gelap dan sebagainya.

Exposure Triangle = Shutter Speed + Aperture + ISO

VZr22AHAe2re5CCctzoTYU-1200-80

Enter a caption

SHUTTER SPEED

Shutter speed adalah jangka masa shutter terbuka. Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak cahaya masuk dan sebaliknya.

Dikira dalam unit saat bermula dari BULB (shutter terbuka selagi menekan shutter) 30 saat hingga 1/8000 saat.

Untuk mengelakkan gambar blur, gunakan shutter tidak kurang dari 1/60. Tripod diperlukan sekiranya setting Shutter speed kurang daripada 1/60 saat.

Photographer-CheatSheet-Segments-EN-02

 

APERTURE

Aperture merupakan bukaan iris pada lens.
Dikira dalam unit F, bermula pada F1.4 – F32 – bergantung pada lens, ada lens mempunyai aperture bermula dari F1.4 dan ada yang bermula dari F3.5

Semakin besar nilai aperture (cth: F22), semakin kecil bukaan lens dan semakin sedikit cahaya yang masuk dan sebaliknya, semakin kecil nilai aperture, semakin besar bukaan dan semakin banyak cahaya masuk.

aperture-Photographer-CheatSheet-Segments

 

ISO

ISO pula ialah kepekaan atau sensitif sensor terhadap cahaya. Kalau dulu orang pakai filem dan setiap filem tu ada gred atau nombor seperti 100, 200, dan 400 bergantung kepada situasi dan tempat yang hendak diambil.

Sekiranya dilokasi yang cerah biasanya akan menggunakan filem 100 atau 200 dan sebaliknya, dalam keadaan yang kurang cahaya seperti waktu malam, gunakan filem 400 dan keatas.

Pada zaman sekarang, filem dah digantikan dengan sensor yang boleh diselaraskan ISO berbanding dengan filem yang perlu menggunakan secara berasingan.

Semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya.

Photographer-CheatSheet-Segments-EN-03

kamera

Ingin belajar atau menganjurkan workshop asas fotografi hubungi Farik Salleh @MediaKota 013-7079525

 

Advertisements